MAWAR EDUCATION STAFF LOGIN:     Username:           Password:      

Exam Countdown:

UPSR:

PT3 (Ujian Bertulis):

SPM:

Hit Counter:

Untitled Document Unique Visits Today: 33
Hits Today: 138

Total Unique Visits: 126067
Total Hits: 433094

Guests Online: 3


Here you can read our latest news and up coming events.

Cawangan baru Pusat Tuisyen Mawar untuk tahun 2015

 11 September 2014

Pusat Tusiyen Mawar akan membuka cawangan baru pada tahun 2015. Cawangan ini akan dibuka di Seremban 2, Negeri Sembilan dan juga di Kemunting Taiping Perak.

Seminar Super A UPSR/PT3/SPM

 10 September 2014

MAWAR is organizing Seminar Super A for UPSR,PMR and SPM. This seminar will be held at Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Any enquiry or for registration, please call Cikgu Helmy at 012-2696763.

UPSR Tidak Akan Dimansuhkan - Tan Sri Muhyiddin Yassin

 09 September 2014

PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikekalkan sebagai peperiksaan awam yang penting, jelas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pihak kementerian tidak ada perancangan untuk memansuhkan UPSR kerana ia menilai pencapaian pelajar dalam mata pelajaran teras.

"Apa sahaja keputusan pelajar, mereka akan naik ke Tingkatan Satu.Tetapi ibu bapa dan guru-guru pastinya mahu tahu tahap pelajar-pelajar ini , jadi dengan itu juga kami akan tahu bagaimana untuk membimbing mereka dengan lebih baik di peringkat sekolah menengah," jelasnya kepada media ketika membuat lawatan di SK Presint 16(2) pada hari pertama UPSR bermula, Selasa.

Mawar - Indonesia Franchise International Expo 2014

 07 September 2014

Pusat Tuisyen Mawar akan menyertai Indonesia Franchise International Expo 2014 bertempat di Jakarta Convention Center.

Staff Mawar bersama YB Dato Hasan di Jakarta Convention Center

 25 July 2014

Baru-baru ini Pusat Tuisyen Mawar yang diwakili oleh Pengetua Mawar Sek 7 Shah Alam, Cikgu Hajar bersama staff Mawar Bogor Ibu Erma dan Pak Yoppi telah menyertai Franchise International Indonesia Expo bertempat di Jakarta Convention Center , Indonesia. Expo ini berlangsung selama 4 hari iaitu bermula dari 20 June 2014 sehingga 23 June 2014. Turut hadir bersama adalah YB Dato Hasan Menteri KPDNKK dan juga pegawai kanan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Malaysian Franchise Association (MFA)

Mawar Futbol Mundial

 25 May 2014

Mawar Futbol Mundial 2014 will be held on 25th May 2014 (Sunday) at Triways Sports Centre, Jalan Padang Jawa.For any enquiries,please contact Cikgu Hafiz 012-6554136.

Come and join us! Hola!! Hola!!

Mawar Bowling Tournament

 22 May 2014

Mawar Bowling Tournament will be held on 14 June 2014(Saturday) at Curve Mutiara Damansara. Come and join us! Lets Strike!!

Ujian PT3 ganti PMR bermula 1 Julai

 18 March 2014

KUALA LUMPUR 14 Jun - Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula 1 hingga 18 Julai. Menurutnya, ujian bertulis bagi 11 mata pelajaran lain pula akan diadakan pada 12 hingga 17 Oktober depan.

Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ujian lisan (mendengar dan bertutur) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dijalankan dalam tempoh 6 hingga 29 Ogos ini. Kita sudah buat keputusan bahawa PMR tidak diteruskan bermula tahun ini dan dalam tempoh beberapa minggu lagi akan diadakan ujian menggantikan peperiksaan awam berpusat iaitu PT3 bertujuan melihat pencapaian prestasi pelajar mengikut penilaian band 1 (paling lemah) hingga band 6 (paling baik). Dengan pentaksiran ini kita tahu bagaimana pencapaian pelajar-pelajar bukan di akhir tahun tetapi di peringkat awal tahun lagi dan guru akan mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar dan mereka yang mundur dapat kita baiki sejak awal dan apabila di hujung tahun mereka akan lebih cemerlang, katanya.

Menurutnya, walaupun corak penilaian agak berbeza, beliau percaya sistem berkenaan mampu diadaptasi oleh para pelajar dan guru sekali gus semua pihak dapat menerima kebaikan sistem tersebut apabila tahap pencapaian pelajar akan dinilai secara lebih telus.Sijil yang akan dikeluarkan pula mengikut format baharu iaitu dengan diletakkan gred band kerana peperiksaan dibuat di sekolah dan tidak lagi secara berpusat, katanya.

Utusan Malaysia meterai kerjasama dengan Tuisyen Mawar

 15 February 2014

Utusan Malaysia memeterai perjanjian kerjasama dengan Pusat Tuisyen Mawar Sdn. Bhd. (Mawar) untuk menjadikan akhbar pendidikannya, Tutor, sebagai bahan bantuan pembelajaran di pusat tuisyen syarikat itu. Perjanjian tersebut mencipta sejarah tersendiri kepada Tutor yang sebelum ini hanya diedarkan di sekolah sejak pertama kali diterbitkan pada 2002 yang ketika itu dikenali sebagai tutor.com.my.

Dalam majlis itu, Utusan Malaysia diwakili Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad serta Pengurus dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim manakala Mawar diwakili Pengarahnya, Ahmad Rizal Muhammad Said dan Pengurus Operasi, Nurhelmy Muhd. Said. Ahmad Rizal berkata, Mawar memilih Tutor kerana percaya selain faktor pendidikan, perjuangan akhbar Utusan Malaysia dalam menegakkan agama, bangsa dan negara sesuai dijadikan bahan bacaan setiap individu.

"Sejak kecil, saya sendiri didedahkan dengan Utusan Malaysia sehingga memudahkan saya menulis karangan dalam bahasa Melayu di sekolah kerana mampu menguasai nahu dan tatabahasa. "Selain itu, saya percaya kepada perjuangan Utusan Malaysia dan berharap selepas ini kita bukan sahaja dapat melahirkan pelajar berilmu tetapi bertaqwa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Surat Hasrat Kerjasama Akhbar Tutor Utusan Malaysia Dengan Pusat Tuisyen Mawar di Ibu Pejabat Korporat Kumpulan Utusan di sini hari ini. Menurut Ahmad Rizal, Tutor akan diedarkan di semua 45 cawangan Mawar termasuk di luar Lembah Klang antaranya di Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Bermula tahun ini, Utusan Malaysia mula mengeluarkan lima produk pendidikan Tutor iaitu Tutor UPSR, Tutor SPM dan Tutor PMR pada setiap Isnin; Tutor Junior pada Selasa dan Tutor English setiap Rabu.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140216/dn_13/iUtusan-Malaysiai-meterai-kerjasama-dengan-Mawar

Mawar in Channel 420 Capital TV

 28 January 2014

Our founder and MD En. Ahmad Rizal has been the guest speaker in Channel 420 Capital TV.

30,988 calon mendapat semua A dalam PMR 2013

 19 December 2013

Secara keseluruhannya, sebanyak 30,988 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di seluruh negeri di Malaysia telah berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini (2013) demikian menurut pengumuman analisis keputusan PMR di Kementerian Pendidikan Putrajaya. Tambah pengumuman itu lagi, jumlah calon yang mendapat semua A adalah telah meningkat sebanyak 0.41 peratus berbanding tahun lalu

Dalam pada itu, PMR tahun ini adalah merupakan PMR terakhir menggunakan format sedia ada dan akan ditambah baik dengan format baharu di mana 100 peratus akan dilaksanakan melalui penambahbaikan sistem yang merangkumi pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti, jasmani, sukan dan korikulum dan pentaksiran psikometrik.

42,646 calon mendapat 5A dalam UPSR 2013

 14 November 2013

Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud hari ini.

Beliau berkata seramai 466,167 calon menduduki UPSR pada tahun ini dan pencapaian keseluruhan telah meningkat sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN).

"Ini merupakan keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu sejak tahun 2010 di mana GNP telah meningkat dari 2.31 mata pada tahun 2010 kepada 2.30 mata (2011), 2.31 mata (2012) dan 2.27 mata pada tahun ini. (Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik).